My story is your story too...

i love my friends!
glitter-graphics.com


Feb 4, 2011

Bruno Mars -Talking To The Moon

Press ctrl + C to Copy html embedded music code
and ctrl + V to put on your Blog or Website




Gratisan Musik

SMK Bandar Tun Hussein Onn 2(:

Inilah sekolahku yang tercinta.Banyak ilmu yang telah aku pelajari ketika aku masih bersekolah di sini.Tapi,semua itu akan hanya tinggal kenangan apabila aku bakal berpindah ke sek. baru iaitu SM Sains Muar di Johor.Aku akan sentiasa merindui rakan-rakan dan juga guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepadaku.Terima kasih(:
Inilah pasukan aku yang diberi nama Primera Lions FC.Pasukan ini ditubuhkan seawal bulan Mac tahun 2009 oleh kapten aku,Saiful.Pasukan ini merupakan antara pasukan yang digeruni di Bandar Tun Hussein Onn dengan kebolehan menyerang dengan sangat pantas dan cekap.Aku mula menyertai pasukan ini semasa aku tingkatan 2 dan diberi tugas selaku penjaga gawang.Banyak yang telah aku pelajari ketika aku bersama PLFC dan banyak juga aksi-aksi menyelamat daripada aku ketika berlawan dengan pasukan lain.Antara kejayaan paling manis apabila kami menumpaskan pasukan yang diketuai oleh Muhd Athir yang diberi nama,Fifanova FC dengan kemenangan 5-4 di gelanggang pihak lawan.Itu merupakan pertemuan kali ke-3 dan sebelum ini kami tewas 7-6,4-1 dan akhirnya kami berjaya menewaskan mereka,5-4 hasil daripada kerjasama dan usaha gigih rakan sepasukan.Oleh itu,aku berharap pasukan ini dapat menyertai pertandingan bagi mengharumkan nama PLFC.Hidup PLFC!!!

Oh Yeahh!

Alhamdulillah,selepas berjaya mendapat 8A dalam PMR baru-baru ini,abah membelikan aku satu komputer riba sebagai hadiah PMR aku.Terima kasih abah(:

Oh Yeahh!

Alhamdulillah,akhirnya aku dapat boot bOla yang baru selepas lama aku nantikan.Boot ini tidaklah mahal sebab semua boot Nike dan Adidas habis stok.Macam taikkan.Benganglah aku dekat semua kedai Al-Ikhsan dekat bangi.Semuanya tidak guna!Jadi,terpaksalah aku memilih boot Umbro Nebulus FG(:

Sayonara

Bermula hari Isnin depan,7 Februari 2011,aku akan daftar masuk ke SM Sains Muar bagi sesi 2011.Selepas ini,mungkin jarang melayari internet apabila asyik sibuk untuk persiapan SPM tahun hadapan.Takutlah untuk menghadapi SPM nanti,mesti soalan dia susahkan.Doakanlah aku supaya aku selamat di sek. baru nanti dan kejayaan aku pada masa akan datang.Selamat tinggal dan jagalah diri masing-masing.Janganlah anda kecewakan harapan semua orang dan berilah mereka kejayaan yang manis.

Feb 3, 2011

Fikir Dahulu Sebelum Cakap Dengan Isteri Ye...

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!




5 Tips Tidak Dirompak Oleh Pencuri?

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)

Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - 5 Tips Tidak Di Rompak Oleh Pencuri 

Lawak Jenaka 1~Salah Tafsir


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……

Friends Forever!

walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga. :') Friends never break

HOHO

learn from the experience to achieve something and get what you want with your efforts,the more efforts you give,the more succeed you are.

Sleep Time(:

hey,good nite and take care.have a sweet dream(:

Justin Bieber - One Time- official music video

Study smart,not study hard(:

kepada calon2 PMR 2011~belajarlah rajin2 ye.PMR senang je(: hehe
kepada calon2 SPM 2011~belajarlah rajin2 dan buatlah latihan banyak2..(:

Semoga usaha kita semua membolehkan kita semua memperoleh kejayaan yang manis(:

Kehidupan Hifni Ahmad!

Banyak halangan yang perlu dilalui untuk mencapai kejayaan.Kejayaan yang terbaru bagi aku apabila mendapat '8A' dalam PMR.*pergi tuisyen siang,petang,malam tanpa henti-henti,kena ceramah dengan ibu bapa,hidup tidak tenang dan fikiran berkecelaru membuatkan aku hidup tertekan semasa tingkatan 3 di SMK BTHO 2.Tanpa memikirkan semua itu,aku redah sahaja,asalkan 'aku dapat apa yang aku nak'!!.Rezeki aku melimpah-ruah selepas dapat '8A'..tapi aku malas la nak beritahu,tapi aku hanya boleh berkongi dengan kamu semua yang aku dapat tawaran ke SM Sains Muar untuk sesi 2011..jadi,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian untuk kita mencapai kejayaan yang manis(: harap ini dapat menolong anda..have FUN!

hoho

I'm lazy to type this things!!HAHA!

Hifni Ahmad!

you kind with me.I'll triple kind with you(: